Hari Anugerah Cemerlang merupakan hari yang begitu bermakna bagi setiap individu yang menerimanya. program 3 dalam 1 ini iaitu Pra Graduasi PMR, Hari Anugerah Kokurikulum dan Hari Anugerah HEM 2011 diadakan bagi menghargai dan memberi penghargaan kepada pelajar yang cemerlang. cemerlang di sini bukan hanya dari segi pencapaian akademik malah turut dilihat dari aspek sahsiah dan budi pekerti.
Aspek kriteria pemenang dan pencapaian penerima anugerah dijalankan melalui penilaian yang telah diadakan oleh pihak sekolah sama ada melalui peperiksaan-peperiksaan yang formal ataupun penilaian yang berterusan di dalam kelas.
No comments:
Post a Comment