Pengaruh Keruntuhan Moral Banyak Berpunca Daripada Pengaruh Persekitaran

Assalamualaikum.



Saban hari akhbar menyiarkan tentang keruntuhan moral yang dilakukan oleh remaja. Kes rompakan, penculikan malah sehingga kes pembunuhan pun melibatkan remaja. Mereka yang terbabit melibatkan remaja yang masih bersekolah dan sudah melepasi alam persekolahan. Oleh itu, mari sama-sama kita baca dan harap agar semua remaja dapat mengambil ini sebagai nasihat


1. Masalah di tempat tinggal yang mereka diami.
Mereka yang tinggal di kediaman yang sesak seperti rumah setinggan sering terdedah dengan masalah. Bayangkanlah rumah bukan sahaja sempit, persekitaran yang kotor malah sikap penghuni yang tidak prihatin dengan masalah moral menyebabkan keruntuhan moral dalam kalangan remaja.

2. Persekitaran yang tidak selesa.
Persekitaran yang terlalu banyak pusat hiburan juga mempengaruhi moral remaja.

3. Persekitaran masyarakat.
Masyarakat yang bersikap mementingkan diri sendiri juga salah satu faktor menyumbangkan kepada keruntuhan moral. Sikap seperti enau di dalam belukar akan melepaskan pucuk masing-masing banyak terdapat dalam kalangan masyarakat.

4. Persekitaran remaja yang berkelakuan negatif.
Manusia memang dijadikan dengan sifat suka berkawan dan remaja tidak terlepas daripada sikap ini. Mereka akan akrab dengan seseorang itu jika sering bertemu. Dalam hal ini, jika rakan mereka sudah rosak akhlaknya remaja yang mendekatinya juga akan bersikap seperti itu.

5. Persekitaran yang kurang menekankan aspek keagamaan.
Apabila pemahaman kurang, sudah tentu penghayatan juga tidak banyak. Seterusnya, apabila masyarakat sudah tidak berasa berdosa melihat dan melakukan perkara yang dilarang oleh agama. Maka remaja tidak akan merasa bersalah untuk melakukan perkara yang negatif.

Kesimpulannya, keruntuhan moral dalam kalangan remaja akan dapat dibendung sekiranya persekitaran yang positif dapat diwujudkan. Untuk tujuan tersebut, bagi seorang pelajar yang diberi otak berfikir, timbang-timbangkanlah secara mendalam sebelum melakukan sesuatu perkara.

No comments: